Beliau menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai projek kebajikan di bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan sebagai cara untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam.
Sehingga ini, beliau telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada tahun 2000, Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam di London - salah satu pusat pengajaran Islam yang terkemuka.
Sebuah pusat Yayasan Al Bukhary yang bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh senibina `Moorish' (Islam Maghribi) telah di bina di Alor Setar pada 2004.
Pusat tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid, pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebuah universiti yang disediakan untuk pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa.
Dalam hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah menyumbang kepada Projek Langkawi - projek yang diusahakan oleh Malaysian Chinese Association (MCA) untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah Cina dan memberikan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.
Beliau juga menyumbang mesin dialisis yang ditempatkan di sebuah bangunan rumah kedai di Kluang, Johor bagi kegunaan masyarakat setempat.
Bagaimanapun, sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang seni dan kebudayaan ialah pembinaan Muzium Seni Islam yang diwujudkan dengan kos RM110 juta.
1 comments:
sy ingin memohon sumbngan untuk murid-murid miskin.nytakan syarat dan prosedurnay
Post a Comment