CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 30 January 2013

kata kata pembakar semangat


Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

  •   Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
  •      Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
  •   Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
  •    Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

PENGHARGAAN YANG DITERIMA


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan pingat Tokoh Maal Hijrah 1429 kepada Syed Mokhtar sempena sambutan Maal Hijrah di Dewan Planeri, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. (1 Muharram 1429 bersamaan 10 Januari 2008)

sumbangan TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARI


Beliau menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai projek kebajikan di bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan sebagai cara untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam. 
Sehingga ini, beliau telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada tahun 2000, Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam di London - salah satu pusat pengajaran Islam yang terkemuka. 

Sebuah pusat Yayasan Al Bukhary yang bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh senibina `Moorish' (Islam Maghribi) telah di bina di Alor Setar pada 2004. 
Pusat tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid, pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebuah universiti yang disediakan untuk pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa.
Dalam hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah menyumbang kepada Projek Langkawi - projek yang diusahakan oleh Malaysian Chinese Association (MCA) untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah Cina dan memberikan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan. 
Beliau juga menyumbang mesin dialisis yang ditempatkan di sebuah bangunan rumah kedai di Kluang, Johor bagi kegunaan masyarakat setempat. 
 Bagaimanapun, sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang seni dan kebudayaan ialah pembinaan Muzium Seni Islam yang diwujudkan dengan kos RM110 juta. 

Tuesday, 22 January 2013

INDUSTRI PERKAPALAN

beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. beliau menubuhkan bukhari shipping dan mendaftarkannya dengan pihak perbendaharaan. bukhari shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. melalui bukhari shipping, beliau membeli kapal buatan jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta. kapal yang diberi nama ANGSA MAS itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000iaitu rugi sebanyak US400,000 (USD1 juta - USD600,000) dari Thailand ke Sabah dan Sarawak.


Pada masa yang sama, beliau mula melibatkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor
Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

perniagaan dalam industri pakaian

 Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

ž  Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat
keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi
mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi
mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah
syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang
Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport. 

stratergi perniagaan beliau


 Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton, China.
  Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China.
Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

LATAR BELAKANG BERMULANYA PERNIAGAAN


pada tahun 1970-an, perniagaan binatang bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. wabak itu merebak ke seluruh selatan thailand, kedah dan perlis. semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

sebenarnya, beliau pergi dari pekan ke pekan sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. beliau kemudianya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepadaperniaga bumiputera dan restoran-restoran di sekitar alor setar. beliau berjaya dalam perniagaan itu. kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan. 


daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. pada tahun 1972, beliau berjaya mendapatkan permit bagi 4 buah lori kelas A, beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakan bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.


Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

LATAR BELAKANG TOKOH


Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.
  Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. 

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.
 Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.
  Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

BIODATA TOKOH TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARI

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARI merupakan seorang yang baik hati, dermawan, merendah diri, kuat semangat dan orang ke-7 terkaya di malaysia. oleh kerana beliau sangatlah boleh di contohi oleh pelajar-pelajar dan bakal-bakal usahawan.



ž  Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary.
ž  Tempat lahir : Alor Setar, Kedah.
ž  Tahun lahir : 1951
ž  Pendidikan: SPM
ž  Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
ž  Kekayaan: RM6 billion (http://newszune.blogspot.com/2010/02/syed-mokhtar-bumiputra terkaya-di.html)
ž  Ke 7 terkaya di Malaysia
ž  Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
ž  Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
ž  Kereta: Proton Perdana